Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

91) BANJIR KILAT

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti yang sering dilanda banjir kilat mengikut PBT?

    Kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti yang sering dilanda banjir kilat
    mengikut PBT adalah seperti dalam rajah berikut yang dilampirkan :

     

  2. Apakah langkah-Iangkah jangka pendek dan jangka panjang kerajaan negeri untuk mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku?

    Dalam menangani masalah banjir kilat secara menyeluruh di Negeri Selangor, kerja-kerja dilakukan di dalam dua peringkat iaitu untuk mengatasi masalah tersebut secara jangka pendek dan secara jangka panjang. Usaha-usaha yang dilakukan seeara jangka pendek ialah penyelenggaraan sungai seperti membuang kelodak dan pasir, penggantian struktur pembetung dan halangan-halangan lain yang kecil dan juga melalui operasi pemantauan projek-projek pembangunan melalui operasi ‘Ops Lumpur’. Manakala bagi menangani masalah banjir kilat secara jangka panjang, projek-projek meneegah banjir sungai seperti pelebaran dan pendalaman sungai, pemasangan sistem pam dan pintu air dan pembinaan ban/kolam takungan banjir dijalankan dari semasa ke semasa tertakluk kepada peruntukkan pembangunan yang sedia ada.

  3. Adakah kerajaan negeri bercadang membina terusan dan kolam tadahan atau tasik bagi memperbaiki sistem pengairan sungai utama bagi mencegah banjir di Negeri Selangor dan sila senaraikan lokasi-Iokasi berkenaan

    Beberapa lokasi kolam takungan banjir telah dikenal pasti bagi mengurangkan serta mencegah banjir di Negeri Selangor adalah seperti berikut :

    Daerah : Petaling
    a) Kolam Buaya Puchong : 13.o hektar
    b) Kolam Unitin : 3.2 hektar
    c) Kolam PNSB : 60.0 hektar
    d) Kolam MBF & Kolam Pakatan Perak Bina : 39.0 hektar
    e) Kolam Sri Serdang : 4.0 hektar
    f) Tasik-tasik dalam UPM : 14.0 hektar
    g) Tasik Dagang (Belakang Nanyang Siang Pau) : 10.0 hektar

    Daerah : Klang
    a) Kolam Taman Rekreasi Perepat : 4.0 hektar

    Daerah : Gombak
    a) Tasik Biru Kundang : 13.0 hektar
    b) Sungai Kuang (berhampiran Pekan Kundang) : 32.4 hektar
    c) Sg. Kuang, Sg. Batu Arang (berhampiran Tapak Pelupusan Sampah MPS) : 60.0 hektar
    d) Sg. Rawang, Sg. Serendah (berhampiran Lebuh raya Utara) : 60.0 hektar

    Daerah : Sepang
    a) Sungai Langat, Kuala Sg. Labu : 8 hektar
    b) Kolam Takungan Tepi Sg. Langat, Ampar tenang : 20 hektar
    c) Kolam Takungan Tepi Sg. Langat, Kawasan Nam Tak : 12 hektar
    d) Kolam Takungan Kolam PUAS, Janda Kalim : 41 hektar
    e) Kolam Takungan Tepi Sg. Semenyih, Kg. Sg. Buah : 12 hektar
    f) Kolam Takungan Sri Kenangi : 4 hektar
    g) Kolam Takungan Kg. Baru Dengkil : 4 hektar
    h) Kolam Bekas Lombong Lot 336 dan 550

    Daerah : Hulu Langat
    a) Betas Lombong Kg. Sg. Kembong, Beranang : 36 hektar
    b) Kolam Kg. Pasir, Semenyih : 63 hektar
    c) Kolam Teratak Tekala, Hulu Semenyih : 12 hektar
    d) Kolam Takungan Sg. Chua, Kajang (Pemaju Mantap Setia) : 7 hektar
    e) Kolam Kisdar : 17 hektar
    f) Kolam hadapan UKM : 4 hektar
    g) Kolam Tepi Tol Bangi : 10 hektar
    h) Kolam Kg. Sg. Semata, Mukim Beranang : 13 hektar
    i) Kolam Sg. Batangsi : 12 hektar

    Daerah : Hulu Selangor
    a) Kolam Takungan Sg. Kubu 1, Kuala Kubu Baharu : 1.6 hektar
    b) Kolam Takungan Sg. Kubu 2, Kuala Kubu Baharu : 6.4 hektar
    c) Kolam Takungan Sg. Selangor 1, Lembah Damai, Ampang Pecah : 9.6 hektar
    d) Kolam Takungan Sg. Selangor 2, Lembah Damai, Ampang Pecah : 19.2 hektar
    e) Kolam Takungan Taman Milenium, Ampang Pecah : 30.72 hektar
    f) Kolam Takungan Desa Anggerik, Serendah : 15.36 hektar
    g) Kolam Takungan Desa Kiambang, Serendah : 34.56 hektar
    h) Kolam Takungan SAP, Serendah : 10.4 hektar
    i) Kolam Takungan Sg. Buaya, Serendah : 28.08 hektar
    j) Kolam Takungan Taman Damai, Serendah : 92.4 hektar
    k) Kolam Takungan Pekan Kalumpang, Kalumpang : 5.04 hektar
    l) Kolam Takungan Kg. Keliang, Kalumpang : 12.8 hektar
    m) Kolam Takungan Kg. Hassan, Hulu Bernam : 3.96 hektar
    n) Kolam Takungan Sg. Buluh, Mukim Sg. Tinggi : 41.16 hektar