Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

76) BANJIR KILAT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Banjir kebiasaannya berlaku ketika musim tengkujuh. Tetapi banjir kilat terjadi pada bilabila masa dan sering terjadi akibat hujan lebat. Keadaan menjadi lebih buruk akibat saliran air tidak di selenggara dengan baik. Mengapakah sistem saliran dan perparitan tidak diselenggarakan dengan teratur di kawasan bandar dan di penempatan kampung tradisional?

    Penyelenggaraan sistem saliran yang kurang berkesan merupakan salah satu sebab mengapa banjir kilat berlaku. Di sesetengah kawasan penempatan kampung termasuk kampung tradisional di mana ianya didirikan di kawasan yang secara semulajadinya rendah. Keberkesanan sistem saliran bergantung kepada faktor :

     

    1. Peruntukan
    2. Sokongan penduduk setempat agar tidak membuang sampah ke dalam saluransaluran air.
    3. Usaha untuk meningkatkan sistem saliran di perkampungan sering mendapat rintangan daripada pemilik-pemilik lot individu.

     

  2. Apakah perancangan khusus Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku ini?

    Kerajaan Negeri mempunyai pendekatan jangka pendek dan jangka panjang untuk mengatasi masalah ini.

     

    • Tindakan Jangka Pendek/Segera

    Program dilaksanakan dalam keadaan serta merta dengan melaksanakan kerjkerja pengorekan saluran utama, penyelenggaraan sistem saliran menggunakan peruntukan sedia ada. Kawasan-kawasan yang mudah mengalami banjir pula dinaiktaraf secara berperingkat-peringkat.

    • Tindakan Jangka Panjang

     

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sudah melantik Jurutera Perunding bagi melaksanakan Kajian Induk Saliran Bandar secara menyeluruh di bandar-bandar utama di Negeri Selangor. Kajian ini akan menjadi panduan dan perancangan  agensi-agensi kerajaan agar melaksanakan sistem saliran dengan lebih teratur bagi mengurangkan masalah banjir kilat.  Kajian seperti ini sudahpun siap bagi bandar Klang dan Sungai Buloh. Mengikut Standard Operating Procedure (S.O.P) Jabatan Pengairan dan Saliran , kerjakerja penyelenggaraan sungai dilaksanakan sekali setiap tahun mengikut keperluan semasa. Sesetengah sungai hanya dapat diselenggara sekali setiap 5 tahun. Oleh kerana itu Kerajaan Negeri akan memperketatkan syarat dalam penyediaan sistem perparitan seperti MaSMA .

Lampiran

Tiada Lampiran.