Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

196) BANJIR KAWASAN PERKAMPUNGAN PAYA INDAH

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam mengatasi isu banjir di kawasan ini yang sering berulang dan dikhuatiri didalangi pemaju tertentu?

    Kejadian banjir di sesebuah kawasan dipengaruhi pelbagai faktor antaranya topografi kawasan, sistem saliran sedia ada dan hidrologi setempat. Bagi tujuan itu, kajian khusus akan dijalankan bagi mengenalpasti fungsi kolam-kolam takungan sedia ada dari segi keperluan untuk dinaiktaraf sebagai salah satu komponen tebatan banjir. Ini termasuk mengkaji struktur outlet dan kapasiti kolam bagi memastikan sistem saliran sedia ada berupaya untuk menampung dan mengalirkan air secara berkesan serta mengenalpasti sama ada aktiviti pembinaan atau pun infrastruktur yang dibina memberikan kesan sampingan (adverse impact) yang boleh mengakibatkan banjir terutama yang melibatkan perkampungan Paya Indah dan kawasan sekitar.

     

    Bagi langkah jangka pendek, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS) telah membelanjakan sejumlah RM581,200.00 pada tahun 2022 untuk melaksanakan 18 kerja-kerja menyelenggara serta melebar dan mendalam parit-parit bagi mengurangkan kesan banjir di kawasan sekitar Paya Indah antaranya seperti berikut:-