Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

103) BANJIR DISEBABKAN KADAR AIR HUJAN MELAMPAU

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan bagi membantu mangsa banjir di Hulu Langat dan Klang Selatan?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Tabung Bencana Khas Negeri Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM50,000.00 sebagai amaun pusingan bagi Tabung Bencana setiap daerah. Peruntukan ini yang pada asalnya ditetapkan pada jumlah RM40,000.00 telah dinaikkan kepada RM50,000.00 bagi setiap daerah selaras dengan pindaan terhadap Arahan Amanah, Tabung Bencana Khas Negeri Selangor di bawah Seksyen 9(1), Akta Tatacara Kewangan 1957. Peruntukan Tabung Bencana Daerah boleh diimbuh balik kepada amaun pusingan RM50,000.00  tersebut setelah ia digunakan untuk tujuan bencana di daerah dengan mengemukakan dokumen-dokumen lengkap ke Perbendaharaan Negeri Selangor.

    Bagi tahun 2012, sehingga tarikh 9 November, bayaran yang telah disalurkan bagi membantu mangsa bencana di Daerah Hulu Langat adalah sebanyak RM4,408,420.00. Manakala pembayaran kepada Daerah     Klang    sehingga    tarikh tersebut adalah sebanyak  RM 4,923,500.00.

  2. Apakah rancangan untuk mengurangkan kesan banjir yang disebabkan kadar air hujan melampau?

    Antara rancangan yang dilaksanakan bagi mengurangkan kesan banjir adalah:

    1. Menguatkuasakan kolam takungan di setiap kawasan pembangunan baru dengan menggunakan kaedah Manual Saliran Mesra Alam bagi memastikan kapasiti aliran air yang keluar adalah sama seperti kawasan hijau yang belum dibangunkan.
    2. Memperkenalkan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di 6 buah lembangan sungai di Selangor iaitu:
      • Lembangan Sungai Buluh  Lembangan Sungai Klang
      • Lembangan Sungai Langat
      • Lembangan Sungai Selangor
      • Lembangan Sungai Bernam
      • Lembangan Sungai Sepang
    3. Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan secara berkala di kawasankawasan yang sering berlaku bencana banjir dua kali setahun
    4. Penstabilan dan pengukuhan tebing yang runtuh di sepanjang sungai.
  3. Berapakah peruntukan bagi menaiktaraf infrastruktur sebagai persediaan menghadapi kejadian kadar air hujan melampau?

    Di bawah merupakan jadual jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi banjir di seluruh Negeri Selangor :

    TAHUN PERUNTUKAN

    NEGERI (BANJIR)

    2008 44,917,286.00
    2009 28,237,848.00
    2010 16,620,027.00
    2011 24,059,250.00
    2012 14,656,460.00

Lampiran

Tiada Lampiran.