Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
186) BANJIR DI TAMAN SERENDAH MAKMUR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Jalan masuk ke Taman Serendah Makmur sering berlakunya banjir apabila hujan lebat turun. Apakah usaha kerajaan dalam menangani masalah infrastruktur yang mengakibatkan banjir?
Lokasi yang dilaporkan sering berlakuya banjir adalah jalan sedia ada yang digunakan oleh penduduk ke Taman Serendah Makmur, Serendah. Jalan tersebut merupakan jalan sementara. Jalan sebenar untuk ke Taman Serendah Makmur masih belum dibina oleh pemaju dan dimaklumkan bahawa pemaju telah “gulung tikar”. Pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mempunyai cadangan untuk mengangkat kertas cadangan kerja untuk membina jalan sebenar dengan spesifikasi satu lapisan premix namun tidak disokong oleh pihak penduduk Taman Serendah Makmur. Usaha Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mengatasi masalah banjir di bawah bidang kuasa Jabatan ini telah menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dengan mengeluarkan halangan pada pembentung dan Sungai Punggor sekitar bulan Jun 2022 bagi melancarkan aliran air sungai.