Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

81) BANJIR DI LAGOON PERDANA, BANDAR SUNWAY

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status penyelesaian banjir di Lagoon Perdana, Bandar Sunway?

    Untuk makluman Yang Berhormat, semakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor melalui JPS Daerah Petaling mendapati punca banjir di kawasan Lagoon Perdana, Bandar Sunway adalah disebabkan oleh sistem saliran Lebuhraya LITRAK yang memasuki ke kawasan Lagoon Perdana. Sistem saliran di kawasan tersebut adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Lampiran

Tiada Lampiran.