Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
1) BANJIR DI KG ASAHAN, BESTARI JAYA
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam membantu penduduk Kg Asahan, Bestari Jaya yang mengalami banjir besar yang antara lain berpunca daripada kecuaian pihak pemaju projek Lebuhraya WCE yang didapati menyebabkan ban sebagai benteng banjir dipecahkan dalam proses pelaksanaan lebuhraya tersebut?
Kerajaan Negeri Selangor melalui JPS dan LUAS telah menggerakkan 8 buah pam bergerak dan pam kekal dengan bantuan generator pihak TNB bagi membantu mempercepatkan kadar surut air banjir ke paras yang selamat. Taburan hujan yang sangat tinggi melebihi 100mm di Daerah Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Selangor menjadi faktor kenaikan paras air mendadak Sungai Selangor dan berlaku limpahan ke kawasan penempatan. Kg. Asahan menerima kesan ini pada 19 Disember 2021 dalam tempoh kurang 24 jam selepas 2 daerah di hulu Sungai Selangor mengalami banjir. Hasil semakan JPS mendapati terdapat kesan limpahan kecil pada benteng sungai sedia ada. Walau bagaimanapun, struktur benteng masih kukuh kecuali benteng di bawah jambatan Projek WCE yang baru dibina telah pecah disebabkan oleh tekanan air sungai yang tinggi. JPS telah menghubungi pihak WCE untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan segera dan didapati kerja-kerja pembaikan telah siap pada 23 Disember 2021.