Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

225) BANJIR DI KAWASAN SAUJANA PERDANA MUKIM IJOK, KUALA SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan kekerapan penyelenggaraan saliran di Saujana Perdana Fasa 4 dan 5 bagi tahun 2023 dan 2024.

    Untuk makluman Yang Berhormat, sistem saliran di Saujana Perdana Fasa 4 dan Fasa 5 telah dibina oleh pihak pemaju dan diserahkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kuala Selangor pada bulan November 2021. Kerja penyelenggaraan saliran tersebut mula dijalankan pada tahun 2023 berdasarkan keperluan di tapak. Berikut adalah kerja-kerja penyelenggaraan yang telah dilaksanakan oleh JPS Daerah Kuala Selangor: –

    Maklumat Tambahan:

    Selain daripada itu, pihak Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) juga sedang menaiktaraf Kolam Takungan Saujana Perdana (Kolam A) melibatkan skop pembersihan kolam dan pemasangan pam.

  2. Bilakah projek menaik taraf sistem saliran di kawasan Saujana Utama ini akan dilaksanakan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, kajian reka bentuk terperinci bagi Projek Menaiktaraf Sistem Saliran di Kawasan Saujana Utama sedang dijalankan dan ianya masih di peringkat Draft Detailed Design. Tempoh pelaksanaan reka bentuk terperinci tersebut adalah selama 32 bulan bermula pada 19 Februari 2024 dan perkhidmatan perunding termasuk Home Office Support sehingga 19 Oktober 2026. Justeru, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor menjangkakan projek penaiktarafan ini akan dilaksanakan pada sukuan kedua tahun 2025.

  3. Berapakah kos perlaksanaan projek naik taraf saliran ini?

    Siling bagi projek penaiktarafan sistem saliran ini telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM5 juta termasuk kos perunding bagi reka bentuk terperinci, kerja ukur kejuruteraan dan penyiasatan tanah (SI).

Lampiran

Tiada Lampiran.