Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

1) BANJIR DI KAWASAN DEKAT SG LANGAT

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah air yang boleh ditampung oleh kolam tadahan di Taman Sri Nanding?

    Jumlah air yang boleh ditampung dalam cadangan pembinaan Kolam Tadahan di Taman Sri Nanding adalah dianggarkan sebanyak 6,804,000m3 dengan keluasan sebanyak 45.36 hektar. Pembinaan kolam tadahan ini merupakan salah satu skop di bawah projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Langat Fasa 2 yang telah dipohon di bawah Peruntukan Pembangunan Persekutuan secara Off-Budget. Bengkel Value Assessment (VA) telah diadakan pada 8 sehingga 12 Ogos 2022 bagi menentukan skop dan anggaran kos projek. Namun demikian, permohonan projek ini telah ditangguhkan dan masih di dalam semakan semula oleh Kementerian Kewangan (MOF). Sekiranya projek RTB Sungai Langat Fasa 2 diluluskan, pembinaan Kolam Tadahan di Taman Sri Nanding ini dijangka dapat mengurangkan risiko kejadian banjir di Taman Sri Nanding.

  2. Apakah rancangan JPS dalam menguruskan air larian permukaan dari kawasan tinggi ke kawasan rendah contoh di Jalan Reko dan Sg. Chua?

    Untuk makluman, pengurusan air larian permukaan (dari kawasan tinggi ke kawasan rendah) adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana ia melibatkan perancangan sistem saliran dalaman. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menjalankan Kajian Stormwater Management and Drainage Master Plan Study For Majlis Perbandaran Kajang, Selangor Darul Ehsan pada tahun 2010. Kajian tersebut bertujuan untuk merangka pelan induk jangka masa panjang dalam pengurusan air larian hujan bagi mengurangkan risiko banjir.

     

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS) telah memperuntukkan sebanyak RM3,538,781.00 untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan ban di kawasan Jalan Reko dan Sg. Chua bagi memastikan kapasiti sungai mencukupi dan tidak menyebabkan limpahan. Antara projek yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:-

  3. Sejak tahun 2020, insiden banjir telah meningkat kepada 10 kejadian sepanjang 21 bulan di Jalan Reko. Adakah pembersihan dan penyelenggaraan sungai dilaksanakan secara berkala? Kalau ya, sila beri tarikh penyelenggaraan.

    Pembersihan dan penyelenggaraan sungai di Jalan Reko dilaksanakan secara one-off pada bulan Julai 2022 disebabkan oleh kejadian banjir yang berlaku. Walau bagaimanapun, kerja pembersihan dan penyelenggaraan sungai di Jalan Reko akan dijalankan secara berkala dan kertas permohonan di bawah Dasar Baru telah disediakan untuk diangkat bagi pertimbangan dan kelulusan Kerajaan Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.