Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
231) BANJIR DI KAMPUNG BANGI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini rancangan membina rumah pam bagi menyelesaikan
masalah banjir di Kampung Bangi?Berdasarkan kepada cadangan reka bentuk yang dipersetujui, Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor sedang merangka kertas permohonan pertambahan siling peruntukan di bawah Akaun Amanah Caruman Parit (CP) sebanyak RM7.7 juta berikutan terdapat pertambahan kos projek yang melibatkan skop pengambilan tanah sebanyak RM1.8 juta untuk pembinaan benteng, struktur outlet, substation dan pump sump. Ini menjadikan siling baru bagi projek Menaiktaraf Sistem Saliran dan Borrowpit Sungai Semenyih dan Pembinaan Rumah Pam di Kampung Bangi Lama adalah sebanyak RM15.2 juta. Sehubungan itu, kertas permohonan pertambahan siling tersebut akan dibentangkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah Caruman Parit Bil 1/2024 yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri yang dijadualkan pada 18 Mac 2024.
Berikut adalah perincian Projek Menaiktaraf Sistem Saliran dan Borrowpit Sungai Semenyih dan Pembinaan Rumah Pam di Kampung Bangi Tambahan (Bangi Lama) Serta Kerja-kerja Yang Berkaitan, Mukim Kajang, Hulu Langat:-
Bil. Tajuk
Kos
(RM)
Tarikh Mula
–
Tarikh Siap
Status
1. Projek Menaiktaraf Sistem Saliran dan Borrowpit Sungai Semenyih dan Pembinaan Rumah Pam di Kampung Bangi Tambahan (Bangi Lama) Serta Kerja-kerja Yang Berkaitan, Mukim Kajang, Hulu Langat
7,500,000.00
–
Jangka Mula Pada Sukuan Pertama Tahun 2024