Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

185) BANJIR DI JOHAN SETIA

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah projek kolam tadahan akan dibina seperti di pohon melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah Klang dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) ?

    Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah melaksanakan kajian Drainage Master Plan untuk Bandar Klang dan hasil daripada kajian tersebut, tiada dicadangkan pembinaan kolam tadahan di Kawasan Johan Setia. Hasil kajian ini digunakan sebagai panduan bagi perancangan pelaksanaan projek-projek pembangunan di JPS.

    Kebanyakan pembinaan kolam takungan di daerah Klang dibangunkan oleh pemaju bagi kawasan yang melebihi 25 ekar yang mana bagi perlaksanaan pembinaan kolam tadahan tersebut telah disyaratkan oleh pihak PBT semasa proses kelulusan Kebenaran Merancang.

    Manakala bagi kawasan pembangunan yang tidak lebih dari 5 ekar, pemasangan On Site Detention (OSD) secara individu mengikut bilangan kediaman perlu dibina oleh pihak pemaju bagi tujuan pengumpulan air hujan yang turun (stormwater) dan disimpan buat sementara waktu dan sebelum dilepaskan secara perlahan-lahan supaya ia tidak mengakibatkan masalah banjir di kawasan hilir (downstream) dengan berdasarkan ulasan teknikal yang dikeluarkan oleh pihak JPS Negeri Selangor.

    Walaubagaimanapun, pihak JPS Negeri Selangor sentiasa memantau sistem perparitan di kawasan Kampung Johan Setia dari masa ke semasa. Selain dari itu juga perancangan dan perlaksanaan kerja-kerja tebatan banjir turut diberi penekanan khususnya di kawasan Kampung Johan Setia seperti butiran di bawah :

    • Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan ke atas parit-parit yang berada di dalam kawasan berisiko banjir.
    • Kerja-kerja penyelenggaraan parit dijalankan mengikut kepada penjadualan pengorekkan iaitu dalam tempoh paling kurang setahun sekali mengikut keadaan semasa di tapak.
    • Pemantauan dan pemeriksaan ke atas parit-parit di dalam kawasan Kampung Johan Setia secara lebih kerap.

Lampiran

Tiada Lampiran.