Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
397) BANJIR DI JALAN SUNGAI JATI (DERETAN KEDAI)
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah punca sebenar yang menyebabkan sering kali berlaku banjir kilat bila hujan lebat di deretan kedai (speedmart 99) Jalan Sungai Jati?
Hasil semakan pihak Majlis telah mendapati bahawa banjir kilat adalah disebabkan lokasi kawasan komersial tersebut berlaku mendapan dan kedudukan kawasan yang terletak di kawasan hiliran yang rendah menyebabkan berlakunya banjir kilat.
-
Apakah tindakan yang diambil oleh pihak MBDK bagi mengatasi masalah ini?
Untuk jangka masa pendek, pihak Majlis telah melantik kontraktor bagi kerja-kerja menaiktaraf sistem perparitan di tapak dan dijangka siap pada bulan Julai 2024 bagi mengurangkan banjir yang berlaku. Seterusnya pihak Majlis telah melantik Jurutera Perunding bagi kajian dan rekabentuk terperinci bagi projek tebatan banjir di sekitar lokasi Jalan Sungai Jati. Kajian dan rekabentuk telah disediakan oleh Jurutera Perunding yang telah dilantik. Cadangan projek pembinaan tebatan banjir dijangka akan bermula selewat-lewatnya hujung tahun 2024.