Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

142) BANJIR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah kolam tadahan di Bandar Botanik seluas 19 ekar akan disiapkan?

    Pembinaan dijangka dapat disiapkan pada Mei 2014. Pembinaan akan dilaksanakan oleh pihak pemaju Bandar Botanik, Tetuan Harum Intisari Sdn. Bhd.

  2. Huraikan perancangan kerajaan negeri bagi menangani masalah banjir di Bandar Botanik, Kg Johan Setia, Taman Sentosa dan Kg Bukit Naga.

    Majlis Perbandaran Klang – Cadangan untuk membina kolam tadahan di Alam Impian (6 ekar), Golden Villa (9 ekar) dan Jalan Raja Nong.

    Dalam ’master plan’ tebatan banjir kawasan tadahan Sungai Aur melibatkan kos berjumlah RM112 juta. Rekabentuk awalan telah disediakan hanya perlaksanaan secara berperingkat berasaskan peruntukan yang mencukupi untuk melaksanakan kerja.

    Bagi kawalan banjir setiap cadangan pembangunan perlu mematuhi syaratsyarat garispanduan Manual Saliran Mesra Alam (MASMA)

    Pihak MBSA akan memohon peruntukan penyelenggaraan parit dalam kawasan kampung seperti Kg. Johan Setia dan Kg. Bukit Naga daripada Kerajaan Negeri dengan kekerapan penyelenggaraan 2 bulan sekali oleh pihak Majlis.

  3. Apakah kerajaan akan mewajibkan semua pemaju perumahan skala sederhana menyediakan kolam tadahan sendiri bagi mengatasi masalah banjir di kawasan taman perumahan?

    Secara amnya, setiap pembangunan dengan keluasan 10 ekar atau lebih disyaratkan untuk menyediakan rezab kolam tadahan sebanyak 3% dari keluasan pembangunan . Bagi pembangunan kurang 10 ekar dikehendaki menyediakan takungan/tangki bawah tanah  (on site detention pond-OSD) di setiap unit/premis bagi tujuan memperlahankan aliran air hujan ke longkanglongkang/parit awam untuk menghindarkan banjir.

Lampiran

Tiada Lampiran.