Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
13) BANJIR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan banjir kilat yang pernah berlaku di Selangor pada tahun 2014 mengikut PBT?
Untuk makluman, jumlah kawasan yang terlibat dengan banjir di negeri Selangor sepanjang tahun 2014 adalah sebanyak 92 kawasan. Walau bagaimanapun, data yang dikumpulkan adalah mengikut daerah dan bukan mengikut PBT.
Berikut pecahan 92 kawasan yang terlibat banjir mengikut daerah :
Daerah Petaling : 17 kawasan
Daerah Klang : 17 kawasan
Daerah Hulu Selangor : 15 kawasan
Daerah Gombak : 11 kawasan
Daerah Sepang : 7 kawasan
Daerah Kuala Langat : 7 kawasan
Daerah Hulu Langat : 6 kawasan
Daerah Kuala Selangor : 6 kawasan
Daerah Sabak Bernam : 6 kawasan
-
Apakah usaha kerajaan negeri bagi memastikan banjir kilat tidak berlaku lagi di Selangor?
Bagi memastikan banjir kilat tidak berlaku lagi di Selangor, semua parit dan longkang perlu dipastikan bersih, tidak rosak dan tersumbat dengan sampah. Penyelenggaraan sistem saliran dan kawasan pembangunan tanah juga perlu dilaksanakan bagi memastikan air larian tidak membebankan parit utama dan sungai sedia ada.
-
Adakah kerajaan negeri pernah melakukan kajian berkenaan kemungkinan berlakunya banjir besar di Selangor seperti di Kelantan?
JPS tidak mempunyai kajian berkaitan kemungkinan berlakunya banjir besar di Selangor akan tetapi beberapa kajian sistem saliran bagi mengatasi banjir telah dibuat seperti berikut :-
- Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Klang.
- Kajian Pelan Induk Saliran Seri Kembangan.
- Kajian Pelan Induk Saliran Banting.
- Kajian Pelan Induk Saliran MSC.