Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
110) BANJIR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan status terkini bagi mengatasi masalah banjir di Bandar Bukit Raja.
Untuk makluman, kerja-kerja pemasangan flap gate dan pembinaan Flood Wall telah siap dibina oleh pihak Sime Darby pada 04 September 2024 dan pam kawalan banjir sementara juga telah ditempatkan di lokasi bagi peringkat pengujian dan kajian bagi mengatasi masalah banjir di Bandar Bukit Raja.
Kerja- kerja perobohan bagi satu unit struktur jambatan yang kritikal di Jalan Sungai Puloh sedang diselaras oleh pihak MBDK. Notis penguatkuasaan telah dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Klang dan hasil daripada mesyuarat susulan bersama agensi teknikal telah memutuskan bahawa struktur jambatan di hadapan kilang S.K Interlink perlu dirobohkan dengan kadar segera bagi mengurangkan masalah banjir yang berlaku di Bandar Bukit Raja. Status cadangan kerja di peringkat kelulusan sebutharga kecil oleh MBDK.
-
Sila nyatakan dengan terperinci bagi Projek Tembatan Banjir di Jalan Sungai Puloh terutamanya dari Taman Aman Perdana hingga kunci air?
Status projek tebatan banjir di Jalan Sungai Puloh : (Input daripada JPS)
Bil. Tajuk Skop Kos (RM)
Status Terkini 1. Projek Tebatan Banjir di Sungai Batu Enam Sementa, Daerah Klang a) Menaiktaraf sungai b) Menaiktaraf jambatan
c) Menaiktaraf outlet structure
15,000,000.00 Mesyuarat Pra Tender Akan Diadakan Pada 12 November 2024