Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
285) BANJIR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah banjir kilat di Taman Semenyih Indah?
Berdasarkan mesyuarat khas yang telah diadakan pada 30/1/2024, pihak Persatuan Pekilang Sungai Purun memaklumkan bahawa kerja-kerja menaiktaraf perparitan di kawasan Perindustrian Sungai Purun akan bermula pada 15/2/2024 dan dijangka siap pada 31/8/2024.
Manakala bagi kerja-kerja penyelenggaraan kolam takungan di Taman Semenyih Indah akan dijalankan oleh pihak Jabatan Pengairan Selangor (JPS) pada bulan Mac 2024.
Jabatan telah melaksanakan kerja – kerja pembersihan di longkang-longkang taman perumahan secara berkala dengan kekerapan 2 kali sebulan dan pemantauan akan dijalankan dari semasa ke semasa.