Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

97) BANJIR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan yang digunakan untuk mengatasi masalah banjir di Selangor sejak bulan Mac2008 mengikut daerah dan lokasi?

    Jumlah peruntukan bagi program mencegah banjir pada tahun 2008 sebanyak RM 46.124 juta manakala bagi tahun 2009, sebanyak RM 44.98 juta. Agihan peruntukan mengikut daerah adalah seperti berikut :

     

     

    DAERAH

     

    RANCANGAN

    MENCEGAH BANJIR DAN

    KERJA-KERJA KECIL

    2008

    (RM) JUTA

     

    RANCANGAN

    MENCEGAH BANJIR

    DAN KERJA-KERJA

    KECIL 2009 (RM) JUTA

     

    Petaling 5.538 7.150
    Gombak 6.896 2.550
    Klang 6.718 8.050
    Kuala Langat 12.464 2.150
    Hulu Langat 6.011 14.250
    Sepang 2.000 4.160
    Kuala Selangor 1.400 5.060
    Hulu Selangor 4.700 0.650
    Sabak Bernam 0.390 0.560
    JUMLAH 46.124 44.98
  2. Apakah perancangan kerajaan negeri supaya masalah banjir dapat ditangani dengan lebih bersistem dan secara holistik? Huraikan

    Di dalam RMK10 pendekatan Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani masalah banjir adalah seperti berikut :

    1. Menggunakan konsep pengurusan lembangan sungai bersepadu atau’Intergrated River Basin Management’ (IRBM),
    2. Menyediakan Pelan Induk Saliran Banjir untuk bandar-bandar utama.

    Setakat ini, Pelan Perancangan Mencegah Banjir Sg. Klang, Pelan Induk Saliran Bandar untuk Daerah Klang dan Bandar Sg. Buloh  sudah disiapkan. Di bawah Rancangan Malaysia Ke 10, Pelan Perancangan Pembangunan Sungai Selangor yang merangkumi Sg. Kanching, Sg. Rawang, Sg. Kuang, Sg. Kundang, Sg. Sembah dan anak-anak sungainya serta Pelan Induk Saliran Bandar Rawang akan dilaksanakan.

     

    MAKLUMAT TAMBAHAN

     

    What is Integrated River Basin Management (IRBM)?

    “Integrated river basin management (IRBM) is the process of coordinating conservation, management and development of water, land and related resources across sectors within a given river basin, in order to maximize the economic and social benefits derived from water resources in an equitable manner while preserving and, where necessary, restoring freshwater ecosystems.”

    What is Integrated Water River Basin (IWRM)?

    The Global Water Partnership defines IWRM as follows:

    “Integrated water resources management is a process, which promotes the coordinated development and management of water, land and related resources in order to maximize the resultant economic and social welfare in an equitable manner without compromising the sustainability of vital ecosystems” (GWP, 2000).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.