Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
322) BANGUNAN YAYASAN SELANGOR KG BARU
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini bangunan Yayasan Selangor Kg Baru?
Peratus penyewaan sehingga kini berjumlah 72.89%. Status penyewaan bangunan masih kekal sebagai bangunan pejabat.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menambah baik bangunan tersebut?
Sehingga kini pihak Kerajaan Negeri tiada sebarang perancangan ke atas bangunan tersebut. Penggunaan bangunan tersebut akan dikekalkan sebagai bangunan pejabat.
-
Berapakah kos penyelenggaraan bangunan tersebut pada tahun 2015?
Jumlah kos penyelenggaraan bangunan bagi tahun 2015 berjumlah RM2,657,455.00. Jumlah kos ini termasuk bayaran cukai taksiran dan cukai tanah.