Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

130) BANGUNAN YAYASAN SELANGOR BUKIT BINTANG

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan status pembangunan semula Bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang.

    Yayasan Selangor menjalankan proses RFP bagi melaksanakan projek pembangunan semula bagi jangka panjang. Pihak pengurusan menjangkakan akan menganugerahkan projek ini kepada pemaju yang berjaya selewatselewatnya pada akhir tahun ini.

  2. Apakah punca utama pembangunan semula tidak mengikut jangka masa yang ditetapkan?

    Pihak pengurusan Yayasan Selangor perlu mengambil masa untuk membuat kajian dan penilaian yang teliti sebelum melaksanakan proses lantikan pemaju.

  3. Berapakah pendapatan bulanan yang boleh dijanakan dengan keadaan semasa bangunan?

    Peratus penyewaan sehingga kini adalah 6.3% dengan keluasan yang disewakan seluas 6,717 kaki persegi melibatkan keseluruhan tingkat bawah. Sewaan jangkapendek secara kontrak bulanan ini memberikan jumlah pendapatan bulanan RM 73,810.99. Sewaan ruang iklan bangunan sebanyak RM 71,726.00 sebulan. dan tempat letak kereta sebanyak RM17,490.00 sebulan.

Lampiran

Tiada Lampiran.