Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

183) BANGUNAN YAYASAN SELANGOR BUKIT BINTANG

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status bangunan tersebut?

    Pihak Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor pada 26 September 2018 telah bersetuju melantik pemaju untuk kerja-kerja menaik taraf bangunan. Pihak pemaju telah menghantar permohonan kelulusan Kebenaran Merancang daripada pihak berkuasa Tempatan (DBKL) pada 17 Julai 2019.

     

  2. Nyatakan kos-kos yang dikeluarkan untuk menyelenggara bangunan tersebut dari 2017 hingga kini.

    Berikut adalah kos-kos yang dikeluarkan untuk menyelenggara bangunan tersebut dari tahun 2017 hingga kini.

     

    Perkara Tahun
    2017

    (RM)

    2018

    (RM)

    Sehingga Jun 2019

    (RM)

    Perbelanjaan Utiliti 453,120 647,301 334,325
    Penyelenggaraan Bangunan 93,781 96,549 161,600
    Kawalan Keselamatan 101,088 107,228 54,490
    Insurans 40,081 48,218 23,943
    JUMLAH PERBELANJAAN 688,070 899,296 574,358

     

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.