Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

150) BANGUNAN YAYASAN SELANGOR BUKIT BINTANG

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kos penyelenggaraan dan cukai-cukai yang harus dibayar dari 2017-2019?

    Jumlah kos penyelenggaraan, cukai dan caj lain yang dibelanjakan setahun adalah seperti berikut;

    Tahun Kos Penyelenggaraan (RM) Cukai Dan Caj Lain (RM)
    2017 194,869.00 463,208.00
    2018 203,778.00 458,460.00
    2019 289,966.00 463,208.00
  2. Nyatakan anggaran pendapatan setahun bangunan tersebut sekiranya ia dibuka untuk disewa.

    Yayasan Selangor telah memeterai perjanjian pembangunan semula Bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang. Sewa bulanan semasa tempoh pembinaan adalah RM200,000 sebulan untuk tempoh 24 bulan dan sewa bulanan RM600,000 selepas tempoh pembinaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.