Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
131) BANGUNAN YAYASAN SELANGOR BUKIT BINTANG
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status projek pembangunan semula bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang?
Yayasan Selangor (YS) ketika ini sedang melaksanakan proses “Request for Proposal” (RFP) untuk melaksanakan projek pembangunan semula bagi jangka panjang. Tujuan projek pembangunan ini dapat memberikan Yayasan Selangor pulangan yang lebih tinggi berbanding penyewaan jangka pendek oleh kerana pemaju dapat memaksimakan keuntungan mereka melalui tempoh pajakan yang lebih lama.
YS telah pun membuka iklan untuk RFP ini pada 4 Julai 2016 melalui laman sesawang dan telah pun mengadakan taklimat /lawatan tapak pada 18 Julai 2016. Pembelian dokumen dibuat pada 25 Julai 2016 dan tarikh tutup untuk cadangan projek pembangunan semula ini pada 5 September 2016.
-
Nyatakan nilai projek, kontraktor bertanggungjawab dan kaedah pemberian tender projek tersebut.
Nilai dan pemaju untuk projek ini akan ditentukan berdasarkan kepada proses penilaian yang akan dibuat selepas tarikh tutup proses RFP ini. Kaedah penganugerahan projek ini berdasarkan kepada faktor-faktor seperti nilai pulangan yang ditawarkan kepada YS, kekukuhan kewangan, pengalaman pembangunan dan kreativiti pemaju tersebut untuk menjadikan bangunan ini sebagai mercu tanda utama di Kuala Lumpur.