Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

105) BANGUNAN YANG DIBINA DIATAS KAWASAN LAPANG DI TEPI JALAN BUNGA TANJONG 10 TAMAN MUDA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pihak yang mana memiliki bangunan tersebut?

    Persatuan Penjaja / Peniaga Kecil Taman Muda Selangor.

  2. Sila nyatakan status tanah tersebut.

    Status tanah dimana bangunan itu dibina adalah di atas rezab zon penampan (’buffer
    zone’) dan rezab longkang.

  3. Apakah tindakan yang telah diambil dan bila tindakan akan diambil jika bangunan itu dibina secara haram.

    Pihak Majlis telah membuat semakan dan bancian berkaitan untuk mengeluarkan permit
    kepada peniaga tersebut kerana pembinaan telah diluluskan di dalam Mesyuarat
    Jawatankuasa Perancangan dan Pelan Bangunan pada 30 Ogos 2005. Tindakan boleh
    diambil sekiranya pemilik bangunan (Persatuan Penjaja / Peniaga Kecil Taman Muda
    Selangor) tidak memperbaharui permit dari tahun ke tahun.

Lampiran

Tiada Lampiran.