Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

111) BANGUNAN WARISAN DI PEKAN KKB

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah cadangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor untuk membantu bangunan yang dibina tahun 1930 di pekan KKB yang pernah digunakan sebagai balai bomba tetapi terbiar sejak 2001 supaya tidak terus usang dan dibuka untuk orang ramai melawat.

    Cadangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) bagi pemuliharaan bangunan yang pernah digunakan sebagai balai bomba sejak tahun 1930 adalah seperti berikut :-

    1. Membuat justifikasi pewartaan mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005;
    2. Membuat persetujuaan dari kerajaan Negeri bagi pewartaan monument bangunan lama;
    3. Melaksanakan ‘historical architecture drawing survey (HABS drawing)’ bagi mendokumentasi bangunan tersebut secara terperinci;
    4. Permohonan peruntukan untuk memulihara bangunan tersebut; dan
    5. Melibatkan beberapa agensi terlibat untuk bersama-sama membangunkan kawasan tersebut sebagai kawasan

Lampiran

Tiada Lampiran.