Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

187) BANGUNAN TERBENGKALAI

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha dari pihak Kerajaan untuk membaik pulih atau menyiapkan bangunan-bangunan yang terbengkalai di sekitar jalan Selayang ke Rawang?

    Di peringkat PBT tiada peruntukkan undang-undang yang boleh digunakan oleh PBT untuk mengambil tindakan kepada pemaju yang terlibat dalam projek-projek yang terbiar dan terbengkalai. Pengesahan sesuatu projek itu terbengkalai, sakit atau lambat adalah di bawah bidangkuasa KPKT yang mengeluarkan lesen pembinaan kepada pemaju. PBT akan bekerjasama dengan KPKT dan LPHS dalam mengenalpasti projek-projek yang di dapati terbengkalai. Walau bagaimanapun Pihak Berkuasa Tempatan telah di minta untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Pemantuan Projek-Projek Terbengkalai selaras dengan keputusan MMKN pada 12 Jun 2019 di mana Kerajaan Negeri telah meluluskan Penubuhan Jawatankuasa Kecil Pemulihan Projek Terbengkalai Pihak Berkuasa Tempatan (JKPPT) di Negeri Selangor. Jawatankuasa ini akan melaporkan secara berkala status projek-projek terbengkalai yang telah disahkan oleh KPKT dan LPHS kepada Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.