Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
49) BANGUNAN TERBENGKALAI
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi bangunan dan premis kerajaan yang terbiar usang khususnya di tepi jalan utama yang sedikit sebanyak mencacatkan pemandangan?
Bangunan dan premis kerajaan yg terbiar adalah milik jabatan/agensi yg bertanggungjawab dan jabatan/ agensi tersebut mempunyai perancangan untuk menjadikan sebagai kuarters atau rumah kelab sukan dan kebajikan jabatan/agensi. sekiranya bangunan dan premis tersebut dipenuhi semak samun dan menyebabkan kacau ganggu,pihak majlis akan mengeluarkan notis kpd pemilik premis dan bangunan.
-
Adakah ada bajet untuk proses baikpulih untuk memperindahkan kawasan ini kerana bangunan ini terletak di kawasan yang strategik?
Bajet bagi pembaikan dan penyelenggaraan bangunan dan premis kerajaan adalah di bawah bajet jabatan/agensi pemilik bangunan dan premis tersebut yang disalurkan berdasarkan perancangan pembangunan.