Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

31) BANGUNAN TEATER DICEROBOH

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009 berkenaan Majlis Bandaraya Shah Alam di muka surat 79: Apakah faktor-faktor yang menyebabkan bangunan belum beroperasi walaupun sudah siap sepenuhnya pada bulan Ogos 2008?

    Bangunan Teater masih belum beroperasi disebabkan oleh  kerja-kerja  audit serta penambahbaikan yang akan dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri. Bangunan ini terlebih dahulu perlu diserahkan kepada Kerajaan Negeri Selangor sebagai pemilik yang akan menentukan pihak “End-User” bagi bangunan

  2. Berapakah kerugian yang ditanggung akibat aktiviti ceroboh tersebut?

    1. Tiada maklumat atau sebarang laporan yang memaklumkan bangunan tersebut telah di ceroboh. Kerosakan (pecah) pada dinding kaca pintu masuk utama adalah disebabkan vandalisme dan tiada pencerobohan ke dalam bangunan dilaporkan oleh pengawal keselamatan yang ditugaskan. Dinding kaca tersebut telah digantikan oleh pihak kontraktor tanpa sebarang kos tambahan  kepada pihak
  3. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi meningkatkan taraf teater, kesenian dan kebudayaan di Negeri Selangor dengan beroperasinya teater itu kelak?

    1. Pihak Kerajaan Negeri di bawah kelolaan YB Rodziah Ismail dalam tindakan untuk melakukan kerja-kerja penambahbaikan dan  meningkatkan  taraf  Bangunan Teater

Lampiran

Tiada Lampiran.