Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
147) BANGUNAN LAMA PEJABAT AGAMA ISLAM DAN MAHKAMAH SYARIAH DAERAH PETALING JAYA DI SEKSYEN 3 PETALING JAYA
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah fungsi dan kegunaan bekas tapak Pejabat Agama Islam dan Mahkamah Syariah Daerah Petaling Jaya di Seksyen 3 Petaling Jaya pada masa ini?
Bangunan bekas Pejabat Agama Islam di Seksyen 3 Petaling Jaya masih digunakan sepenuhnya sebagai Pusat Latihan bagi tujuan kursus, bengkel dan juga mesyuarat dalaman oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).
Terdapat tiga (3) unit kuarters yang disewakan oleh pihak MAIS bagi tujuan kediaman untuk Kakitangan masjid/Kakitangan Kerajaan yang bekerja di sekitar Petaling Jaya.
Tanah tersebut adalah diberi milik kepada MAIS secara pemberimilikan tanah pada tahun 1989. Syarat nyata bagi tanah tersebut adalah bangunan perniagaan.
-
Adakah sebarang perancangan mengenainya pada masa akan datang?
Terdapat perancangan bagi membangunkan tanah tersebut namun ianya tertakluk kepada kajian perancangan yang teliti yang sedang dilaksanakan oleh pihak MAIS. Memandangkan tanah berkenaan hanya berkeluasan 1.076 ekar menyukarkan pembangunan semula tanah berkenaan. Perkara ini mengambilkira aspek teknikal yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dan agensi teknikal berkaitan. Selain itu, sebarang cadangan pembangunan akan dibincangkan secara bersama antara MAIS dan JAKESS memandangkan terdapat pengoperasian Pusat Latihan dan kuarters seperti yang dinyatakan di atas.
-
Adakah boleh jika ada pihak berminat untuk memanfaatkan kewujudannya?
Pihak MAIS juga telah membuka iklan di akhbar tempatan bagi cadangan memajukan tanah ini pada 21 Oktober 2021. Terdapat beberapa cadangan pembangunan telah dikemukakan dan pihak MAIS sedang meneliti cadangan tersebut samada melalui cadangan pajakan tanah dan pembangunan secara usahasama.