Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

95) BANGUNAN BARU MDKL/MPKL

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah peratusan siap dan situasi terkini bangunan baru MDKL ini sehingga sekarang?

    Status Kemajuan Fizikal

    Perancangan : 100 %

    Sebenar : 6.64%

    Perbezaan : -91.46%

    Jumlah Hari Lewat : 451 hari

    MDKL telah meluluskan lanjutan tempoh masa pembinaan sebanyak 208 hari bermula 22 Januari 2020 dan Tarikh Siap baru pembinaan bangunan baru MDKL ialah pada 17 Ogos 2020.

  2. Apakah keputusan dan arahan terkini daripada Kerajaan Negeri dan MDKL?

    Arahan MDKL

    Kedua-dua pihak telah diarah untuk membuat rekabentuk bagi pembaikan cerucuk iaitu pihak kontraktor HFM Daya Bina dan KH Zam Engineers.

    i) Pihak HFM Daya Bina telah mengemukakan 2 rekabentuk:-

    ii) Pihak KH Zam belum menghantar rekabentuk terperinci berdasarkan syor yang dikemukakan oleh pihak Terrain Resources.

    Sebaliknya hanya menghantar anggaran kasar kos pembaikan cerucuk iaitu sebanyak RM27 juta dan memohon pihak MDKL untuk mengeluarkan surat arahan yang terperinci dan bersetuju untuk membayar fee perunding yang terlibat. Anggaran fee adalah sebanyak RM1.2 juta.

    Pihak KH Zam mengesyorkan kepada pihak MDKL untuk mengekalkan penggunaan spun pile sepertimana rekabentuk asal bangunan dengan kos pembaikan dianggarkan sebanyak RM6,991,518.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.