Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
147) BANGUNAN BARU MDKL
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini pembinaan bangunan baru MDKL memandangkan kerajaan memberi pinjaman kepada MDKL untuk membiayai sebahagian daripada kos projek ini?
Ringkasan kemajuan kerja sehingga 20 Jun 2019 adalah seperti berikut :
KEMAJUAN PERANCANGAN SEBENAR PERBEZAAN JUM. HARI LEWAT FIZIKAL 52.95% 6.48% -46.47% -229 HARI Kelewatan berpunca daripada kegagalan cerucuk di kawasan bangunan utama. Pihak perunding masih mencari kaedah penyelesaian yang terbaik bagi menyelesaikan masalah cerucuk ini.
-
Berapakah telah dibayar kepada kontraktor?
Jumlah pembayaran adalah sebanyak RM 3,242,442.64 bersamaan 8.24% daripada keseluruhan kos projek iaitu RM 39,277,817.48