Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

73) BANGUNAN BARU MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah UPEN telah memberikan kebenaran kepada MPHS untuk membina bangunan baru? Jika ya, nyatakan butir-butirnya seperti tapak, kerja-kerja tanah, ketinggian bangunan dan lain-lain.

    Kertas kerja Exco MTES No. : 1/4/2023 bagi permohonan untuk kelulusan dan pinjaman kewangan bagi cadangan membina dan menyiapkan sebuah  bangunan pejabat baharu 8 tingkat di atas lot 367,Tanah Tasik Milenium, Kuala Kubu Bharu telah diluluskan di dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat  Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Ke 6/2023 yang diadakan pada 3 Mac 2023 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan ke 7/2023 pada 16 Mac 2023. Jadual ringkasan maklumat pembangunan seperti dibawah :-

     

    NO PERKARA KETERANGAN
    1. Pegawai Pengawal Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
    2. Pegawai Penyelenggara Majlis Perbandaran Hulu Selangor
    3.  

    No. Warta

     

    Kelulusan Warta melalui Mesyuarat EXCO-MTES No. 1/4/2023 disahkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke 7 / 2023 pada 15 Mac 2023
    4. Seksyen Seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965
    5. Tarikh Warta
    6. No Lot Plot 3 / Sebahagian Lot 367
    7. Lokasi Tapak Taman Tasik Millenium,Kuala Kubu Bharu  (bersebelahan Mini Stadium)
    8. Keluasan Tapak Keseluruhan 22.684 ekar / 9.180 hektar
    9. Keluasan Tapak Pembangunan 6 ekar / 2.43 hektar
    10. Mukim Seksyen 19, Bandar Kuala Kubu Bharu
    11. Daerah Hulu Selangor
    12. Tujuan Tapak Tapak pejabat kerajaan
    13. Hakmilik Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)
    14 Kategori penggunaan Tanah Tiada
    15 Syarat Nyata Tanah Tiada
    16 Zoning Tanah Lapang dan Rekreasi
    17 Status Tanah Dalam proses pewartaan
    18 Anggaran kos pembangunan RM 70,000,000.00
    18 Keadaan Topografi Tapak Rata dan landai bersebelahan Tasik Millenium
    19 Keadaan Persekitaran Berhampiran Hab Pendidikan Seperti Darul Quran (JAKIM),Kem Bina Semangat Asia Camp,MRSM Kuala Kubu Bharu & Institut Kemahiran Belia Negara Peretak.
    20 Kemudahan Infrastruktur Jalan utama yang menghubungkan tapak cadangan ialah Jalan Ampang Pecah – Kuala Kubu Bharu.
    21 Lokasi Bandar Terdekat Bandar Kuala Kubu Bharu (5.2km)
    22 Status Terkini Dalam proses penyediaan ‘Design Brief’’ dan Term of Reference (TOR) bagi perlantikan perunding.

Lampiran

Tiada Lampiran.