Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

74) BANGUNAN BARU MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS)

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat membina bangunan baru untuk Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) memandangkan bangunan sedia ada cuma 2 tingkat dan beberapa jabatan mempunyai pejabat mereka di luar bangunan tersebut? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Permohonan telah dihantar kepada UPEN bagi permohonan untuk mendapatkan kebenaran membina bangunan pejabat baharu dan pinjaman daripada Kerajaan Negeri Selangor.

  2. Adakah MPHS mempunyai kewangan yang kukuh untuk membina bangunan baru?

    Kos pembangunan dianggarkan sebanyak  RM 70,000,000 (Ringgit Malaysia Tujuh Puluh Juta Sahaja) yang mana jumlah ini hanyalah bersamaan dengan 13% daripada  jumlah Aset bersih yang dimiliki MPHS. Aset Bersih yang MPHS miliki adalah bernilai RM 534.4 Juta.

    Dari aspek kekukuhan pendapatan bagi membiayai bayaran balik pinjaman, ianya  disokong melalui hasil tahunan di mana pada tahun 2020 MPHS telah menjana sebanyak  RM 128 Juta. Manakala Nilaian Tahunan bagi MPHS adalah bernilai RM 813.8 Juta yang disumbangkan oleh 108 Ribu Pegangan yang dicukaikan. Sebagai maklumat tambahan, bermula dari tahun 2015 MDHS telah berjaya menjana hasil melebihi RM 80 juta setiap tahun secara konsisten.

    Memandangkan  MPHS  mempunyai  perancangan komitmen yang tinggi terhadap kos pengurusan dan pembangunan perbandaran yang memerlukan strategi aliran tunai yang lancar maka MPHS mencadangan  kaedah  pembiayaan  seperti  berikut :-

    • Dana MPHS sendiri berjumlah RM 10,000,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Juta Sahaja).

     

    • Bantuan Kewangan   secara  Pinjaman tanpa faedah  dari  Kerajaan  Negeri  berjumlah   RM10,000,000.00 (Ringgit  Malaysia Sepuluh Juta Sahaja); dan

     

    • Baki berjumlah   RM 50,000,000.00   (Ringgit  Malaysia Lima Puluh Juta Sahaja)   dibenarkan oleh Kerajaan Negeri untuk dibiayai secara  Pinjaman  Kewangan  dari   Institusi Perbankan Malaysia selaras dengan Sek.41 Akta 171.

Lampiran

Tiada Lampiran.