Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

194) BANGUNAN BARU DEWAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini cadangan pembinaan Bangunan Baru DNS ?

    Lawatan ke Dewan Negeri Sarawak telah diadakan ada 28/1/2014 bagi membantu penyediaan brif projek. Dijangkakan brif projek akan dimuktamadkan pada 30/4/2014.

    Pihak JKR menjangkakan pelan konsep sedia untuk dibentang ke MTESS pada akhir Mei 2014.

  2. Sila nyatakan apakah kekangan yang dihadapi bagi merealisasikan perancangan tersebut ?

    Tiada kekangan yang dihadapi bagi merealisasikan perancangan

  3. Sila nyatakan berapakah jumlah anggaran peruntukan yang bakal disalurkan oleh Kerajaan Negeri bagi menjayakan cadangan tersebut ?

    Anggaran peruntukan akan dikemukakan kepada Kerajaan Negeri selepas lukisan konsep berdasarkan kepada keperluan baru yang diterima daripada pihak Pengurusan Dewan dimuktamadkan iaitu pada bulan Mei 2014

Lampiran

Tiada Lampiran.