Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
172) BANGLO SULTAN SULAIMAN DAN BANGLO SRI SELANGOR, FRASER’S HILL
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status kerja penaiktarafan untuk Banglo Sultan Sulaiman dan Banglo Sri Selangor?
Kerja-kerja naik taraf Banglo Sultan Sulaiman dan Banglo Seri Selangor telah siap sepenuhnya pada 9 Disember 2015.
-
Apakah perbelanjaan sebenarnya yang telah dibelanjakan atas kerja-kerja penaiktarafan Banglo Sultan Sulaiman dan Banglo Sri Selangor?
Perbelanjaan sebenar kerja-kerja naik taraf Banglo Sultan Sulaiman dan Banglo Seri Selangor di Bukit Fraser adalah berjumlah RM1,647,804.19.
-
Sila berikan butir-butir tentang kerja yang telah dilaksanakan.
Butir-butir tentang kerja yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:-
- Membaiki Kerosakan Serta Menaiktaraf Rumah Rehat Kerajaan Negeri Banglo Sultan Sulaiman, Bukit Fraser;
- Kerja-kerja Membekal, Memasang, Mengujiterima Sistem Pam Penggalak Untuk Kerja-Kerja Naiktaraf Banglo Sultan Sulaiman Dan Banglo Seri Selangor Di Bukit Fraser;
- Kerja-kerja Penyelenggaraan Dan Naiktaraf Sistem Elektrik Untuk Banglo Sultan Sulaiman Dan Banglo Seri Selangor, Bukit Fraser; Dan
- Pemasangan Lampu Chandelier Di Banglo Seri Selangor.