Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
93) BANGLO EXCO DI SEKSYEN 7
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah kos keseluruhannya dan nyatakan secara terperinci setiap perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan Selangor?
Banglo Exco di Seksyen 7 (Kuarters Pegawai Kerajaan Negeri di Seksyen 7, Shah Alam) merupakan sumbangan PKNS kepada Kerajaan Negeri. Kos keseluruhan adalah seperti berikut :-
-
Senaraikan kontraktor-kontraktor yang berkenaan berserta dengan maklumat-maklumat mereka
Kontraktor yang terlibat adalah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri
Selangor (PKNS) iaitu PKNS Engineering & Construction Berhad. Maklumat
kontraktor penyelenggaraanyang dilantik adalah seperti berikut: -
Apakah rancangan kerajaan dan berapakah wang penyelenggaraan untuk sebulan
Kos keseluruhan bagi 5 tahun adalah sebanyak RM 9,900,000.00. Agihan kos
adalah seperti lampiran berikut. Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) bertarikh pada 30 April 2008 memutuskan untuk menyewakan banglo-banglo tersebut dan Kerajaan Negeri membelanjakan sejumlah RM 162,500.00 sebulan bagi perkhidmatan pengurusan, penyelenggaraan dan operasi kompleks secara komprehensif yang mengandungi sepuluh (10) unit banglo dan rumah kelab.