Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
191) BANGI PERLU DEWAN PERSIDANGAN
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Semasa YAB DatoÕ Menteri Besar turun padang ke Hulu Langat, 6 Mei 2011, Tuan Pegawai Daerah dalam ucapan alu-aluannya menyebut Bangi memerlukan sebuah dewan persidangan (kompleks serbaguna). Adakah DatoÕ Menteri Besar berpendapat permohonan ini wajar?
Kerajaan Negeri sentiasa peka terhadap keperluan kemudahan awam yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat setempat. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri masih belum menerima sebarang permohonan berhubung keperluan sebuah dewan persidangan (Kompleks serbaguna) di Bangi (Kompleks Pentadbiran Hulu Langat) daripada pihak Pejabat Daerah.
Justeru, Kerajaan Negeri akan mengkaji kewajaran berhubung keperluan Dewan tersebut. namun demikian, kewajaran untuk membina dewan ini juga perlu dilihat dari aspek kesesuaian reka bentuk bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna serta kesesuaian tapak.
-
Jika wajar bilakah dewan serbaguna ini akan didirikan?
Kerajaan Negeri akan mengkaji keperluan dewan tersebut dan bersedia mempertimbangkan sejumlah peruntukan sekiranya pembinaan dewan berkenaan adalah wajar dan perlu untuk kegunaan pihak Pejabat Daerah serta masyarakat setempat.
-
Adakah tanah kosong dekat PKNS berdekatan Tasik Cempaka wajar didirikan?
Pemilihan kawasan pembinaan bagi dewan persidangan tersebut adalah lebih wajar dibina atau didirikan di kawasan sekitar Kompleks Pentadbiran Kerajaan Hulu Langat memandangkan ia lebih praktikal di kawasan tersebut kerajaan dewan tersebut adalah untuk kegunaan pentadbiran oleh semua jabatan di Kompleks Pentadbiran Hulu Langat.