Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
98) BANDAR SUNWAY
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah usaha-usaha yang telah dibuat dan akan dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi mempromosikan Bandar Sunway sebagai tempat pelancongan di Selangor?
Bandar Sunway memang telah menjadi destinasi pelancongan sama ada dalam negeri
atau luar Negara khususnya pelancong-pelancong dari Timur Tengah oleh kerana
mempunyai kemudahan infrastuktur pelancongan yang sempurna seperti hotel, taman
tema, kompleks perniagaan & membeli belah, hospital dan Kolej Sunway & Universiti
Monash. Usaha-usaha yang telah dibuat dan akan dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi
mempromosikan Bandar Sunway sebagai tempat pelancongan di Selangor antaranya
ialah menyediakan serta mempamerkan brosur-brosur Sunway di Pusat Informasi
Pelancongan, pihak Tourism Selangor Sdn Bhd telah menyediakan pakej-pakej
pelancongan dengan mempromosikan Bandar Sunway, mengadakan promosi luar
negara khususnya Timur Tengah iaitu seperti di Dubai, mengadakan pelbagai program
dan aktiviti di sekitar Bandar Sunway dan sebagainya. -
Berapakah jumlah pelawat dalam negeri dan negara yang melawati tempat menarik di Bandar Sunway seperti Sunway Lagoon dan Sunway Pyramid setiap tahun? Sila berikan butir-butir
Jumlah pelancong yang melawat kawasan tersebut pada tahun 2007 seperti berikut:
Sunway Lagoon – 1 Juta
Sunway Resort & Pyramid
Tower
– 400 ribu
Sunway Pyramid – 9 juta (kiraan berdasarkan jumlah
kenderaan pengunjung. Jangkaan 3 orang
bagi 1 kenderaan)