Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

169) BANDAR SHAH ALAM SEBAGAI BANDAR TAMAN

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah misi dan visi pembinaan bandar Shah Alam sejak awal?

    Misi dan visi pembinaan Bandar Shah Alam pada peringkat awalnya adalah lebih fokus untuk memastikan semua aktiviti di setiap peringkat sentiasa di tahap cemerlang dalam penyediaan perkhidmatan yang berkualiti dan bersama menjadikan Shah Alam Bandaraya bestari, cemerlang dan bertaraf dunia.

    Misi dan Visi Majlis Bandaraya Shah Alam ini telah dijenamakan semula pada tahun 2011 iaitu menjadikan Shah Alam Bandaraya yang berkualiti, sejahtera, kondusif dan terunggul serta meningkatkan tadbir urus MBSA sebagai organisasi yang efisien, efektif, kompeten, dinamis dan terus cemerlang. Sehubungan itu, pembinaan Bandar Shah Alam adalah merangkumi semua aspek perancangan dan pembangunan yang teratur serta terkawal selaras dengan pembangunan mampan bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi jangka panjang pelabur/ peniaga dalam dan luar negeri.

  2. Adakah hasrat awal itu tercapai?

    Untuk makluman, pihak Majlis sentiasa memastikan objektif dan hala tuju Majlis sebagai ‘Bandar Taman’ dapat dicapai mengikut piawaian dan standard yang ditetapkan. Pelan Strategik MBSA adalah berdasarkan konsep menjalinkan tiga perhubungan yang mutlak iaitu Hubungan Manusia dengan Pencipta, Hubungan Manusia dengan Manusia dan Hubungan Manusia dengan Alam Sekitar. Pada masa ini lebih dari 708,000 pokok telah ditanam di Shah Alam dan polisi-polisi semasa yang dibentuk telah memperkuatkan lagi konsep Bandar taman ini. Hasrat tersebut telah pun tercapai dengan aktiviti dan perancangan yang dianjurkan oleh Majlis bagi menonjolkan Shah Alam sebagai ‘Bandar Taman’. Antara program-program yang menyokong pelaksanaan konsep Bandar Dalam Taman di Majlis Bandaraya Shah Alam adalah seperti berikut:

    1. Dusun Komuniti
    2. Parameter Planting
    3. Dusun di Tasik
    4. Shah Alam Trees For Life – satu jenama yang telah sinonim dengan Shah Alam sejak 2010
    5. Sumbangan anggerik
    6. Caj ketidakpatuhan 10 kali parameter planting
    7. Pengwujudan Jawatankuasa Pengindahan Bandar
    8. Pengwujudan Penasihat Landskap Shah Alam
    9. Pengwujudan Badan Pemegang Amanah Taman Shah Alam
    10. Pengwujudan Sahabat Taman Tasik Shah Alam
    11. Perintis Hijau
    12. Taman Anggerik Sekolah-Sekolah Shah Alam
    13. Penanaman pokok buah-buahan – satu polisi yang ketara dalam masa 5 tahun
  3. Apakah identiti ketara yang mahu ditonjolkan di Shah Alam.

    Identiti yang ingin ditonjolkan di Shah Alam adalah sebagai sebuah bandaraya yang bertaraf dunia dan cemerlang.

Lampiran

Tiada Lampiran.