Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

34) BANDAR PERABOT (KAWASAN PENGELUARAN PERABOT BERPUSAT)

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejak dilancarkan oleh Kerajaan Negeri, apakah kemajuan-kemajuan yang telah dicapai?

    Cadangan Projek Bandar Perabot (Kawasan Pengeluaran Perabot Berpusat) ini
    telah dibentangkan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk pertimbangan dan
    kelulusan pada 22 Oktober 2009 yang lalu. Kerajaan Negeri telah
    mencadangkan sebuah jawatankuasa dibentuk bagi membuat perancangan
    pembangunan dan mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk dibangunkan
    sebagai Bandar Perabot.

  2. Berapa banyakkah syarikat perabot yang telah ditempatkan di Bandar Perabot itu?

    Dijangkakan seramai 135 pengusaha perabot yang beroperasi di sekitar Kuala
    Lumpur dan Selangor menyatakan minat untuk memindahkan operasi
    perusahaan perabot mereka ke Bandar Perabot yang bakal dibangunkan dengan
    keluasan tanah yang diperlukan sekitar 651 ekar.

  3. Berapakah jumlah eksport perabot dan apakah insentif-insentif yang terdapat di Bandar Perabot?

    Merujuk sumber daripada Malaysia Furniture Promotion Council (MFPC), pada
    tahun 2008 jumlah eksport barangan perabot di Malaysia adalah sebanyak RM
    8.7 bilion di mana Selangor menyumbang lebih kurang sebanyak RM 3.5 bilion
    (40%).
    Cadangan pembangunan Bandar Perabot ini masih di peringkat awal dan
    insentif-insentif yang sesuai akan diputuskan setelah perbincangan lanjut dengan
    pihak yang berkaitan diadakan kelak.

Lampiran

Tiada Lampiran.