Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

319) BANDAR KLANG MINI COLOMBIA

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah benar Daerah Klang dikenali sebagai mini Colombia?

    Baru-baru ini telah berlaku satu kejadian samun di Klang dimana mangsa yang keluar dari bank telah disamun. Kejadian samun ini telah viral di media sosial “ perompak Malaysia dah macam Mexico Colombia, kena rompak lepas keluar dari bank”. Ekoran kejadian ini Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah merancang satu operasi Khas sebanyak (3) fasa bermula 15 Januari hingga 4 Februari 2024 yang tertumpu di (2) daerah tersebut. Operasi ini melibatkan tangkapan aktiviti Gangsterism, serbuan di tapak projek, serbuan di sarang penagih dadah dan serbuan aktiviti maksiat, kontraban, premis barang lusuh, penempatan sasaran pendatang tanpa izin (PATI) dan aktiviti perjudian.

    Rata-rata Masyarakat Klang telah memberikan maklum balas yang positif terhadap operasi khas yang dilaksanakan kerana ianya memberi kesan dan impak terhadap keselamatan setempat, diri dan harta benda. Respon positif oleh masyarakat setempat juga diperolehi daripada Program Town Hall Discussion oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ).

    Hasil siasatan Polis Selangar mendapati, kenyataan ini tidaklah seperti gambaran yang sebenar seperti Colombia. Perkara ini telah disahkan oleh YDH Ketua Polis Negara semasa Program Walkabout pada 4/2/2024 di Pandamaran. YDH KPN menyatakan Klang adalah Bandar DiRaja dan bukannya Colombia seperti yang diviralkan.

  2. Apakah berlaku kes peningkatan jenayah di Bandar Klang? Mohon sertakan rekod kes jenayah bermula 2020 - 2023.

    Hasil kajian dan semakan pejabat ini mendapati, tiada peningkatan yang ketara terhadap kes-kes jenayah indeks di Bandar Klang ( IPD Klang Selatan dan IPD Klang Utara). Sebaliknya jenayah indeks di IPD Klang Selatan dan IPD Klang Utara adalah lebih rendah berbanding daerah lain seperti Gombak, Kajang, Petaling Ampang Jaya. Perbandingan statistik jenayah indeks bagi Kontinjen Selangor bagi tahun 2022 & 2023 seperti dibawah:-

     

Lampiran

Tiada Lampiran.