Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
238) BANDAR DIRAJA KLANG DIISTIHAR SEBAGAI SEBUAH BANDARAYA
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapakah Bandar DiRaja Klang masih belum diisytiharkan secara rasmi sebagai sebuah Bandaraya?
MPK telah membentangkan kertas cadangan untuk menaiktaraf MPK kepada Majlis Bandaraya Diraja Klang kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Saiz Perkhidmatan Awam (JPSPA) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 12.03.2009 dan keputusan minta ditangguhkan.
-
Apakah langkah-langkah yang telah dan bakal diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menekan Kerajaan Persekutuan untuk mengisytiharkan Bandar DiRaja Klang sebagai sebuah Bandaraya secara rasminya?
keputusan minta ditangguhkan.
-
Apakah langkah-langkah yang telah dan bakal diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menarik lebih banyak pelaburan di Bandar DiRaja Klang?
Majlis akan memohon Seksyen Kerajaan Tempatan SUK untuk memohon semula kepada JPSPA supaya menimbang semula permohonan untuk menaiktaraf kepada Bandaraya Diraja.
- mengujudkan dan memperkasakan Unit Pelaburan, MPK
- mempercepatkan urusan kelulusan pelan pemajuan
- bekerjasama rapat dengan MIDA, SSIC, Dewan Perniagaan Melayu, Cina dan India Selangor
- menaiktaraf dan memperbaiki kemudahan infrastruktur di kawasan perindustrian.