Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

112) BANDAR DIRAJA KLANG

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri menyediakan bajet tertentu untuk memastikan penyelenggaraan dan pembangunan infrastruktur Bandar ini menepati statusnya sebagai Bandar Diraja?

    Tiada jawapan

  2. Apakah status terkini projek pembersihan Sg. Klang dan apakah status cadangan projek jambatan baru di Bandar Klang?

    Status projek pembersihan Sg Klang di peringkat MPK/Daerah:-
     Bancian guna tanah dan pemilikan lot-lot di kawasan 50 meter di tebing – selesai
     Notis penguatkuasaan ke atas penggunaan tidak sah di tanah kerajaan (rizab
    sungai) – perbincangan dengan Pejabat Tanah dan Daerah
     Pembersihan dan Pemantauan berterusan serta permohonan bajet bagi
    membaiki perangkap sampah dan papan notis
     Pengindahan berterusan dengan tumpuan kepada pusat bandar
     Penglibatan awam melalui River Rangers. Dua pasukan baru akan ditubuh
    selain tiga yang ada.

  3. Apakah perkembangan terkini polemik perpindahan stesen bas dan teksi yang baru?

    Terkini semua bas Ekspres telah berpindah dan memberi perkhidmatan di Klang
    Sentral di Terminal A termasuk perkhidmatan teksi Klang Sentral. Hanya bas-bas arah
    ke Pekan Meru/Kapar sahaja singgah ke Klang Sentral jika terdapat penumpang.
    Perkhidmatan bas ke Kuala Lumpur dari Klang Sentral hanya diperolehi daripada
    Rapid K.L. yang turut beri perkhidmatan ke Puncak Alam. Semua bas-bas tempatan
    masih terus beroperasi di Pusat Bandar dan berada/menunggu di tempat-tempat
    mengambil penumpang (Pick-up Point) khasnya P1 (Seranas) P2 (Rapid KL/City
    Liner/Wawasan Sutra) P6 Bas mini yang turut memasuki tempat letak kereta Majlis di
    atas bekas tapak Stesen Bas Ekspres Tindakan penguatkuasaan adalah diteruskan
    dari masa ke semasa namun kurang mendapat kerjasama LPKP yang kini sedang
    diselaraskan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat. Kepesatan
    pembangunan bernilai tambah di Klang Sentral turut memajukan dan menarik
    perkhidmatan bas ke Klang Sentral. Dijangka menjelang hujung tahun 2010
    sebahagian perkhidmatan bas ke Klang Sentral berdasarkan permintaan pengguna

Lampiran

Tiada Lampiran.