Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
160) BANDAR BUKIT SENTOSA DAN BUKIT BERUNTUNG MERUPAKAN BANDAR BARU TETAPI KEADAAN FIZIKAL DAN PENYELENGGARAAN INSFRASTRUKTURNYA SEPERTI BANDAR YANG DITINGGALKAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: perumahan
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Negeri terhadap pemaju dan pemilik rumah-rumah yang tidak didiami?
Pada masa sekarang pembinaan dewan orang ramai dalam pembinaan dan ini
sebagai usaha untuk menyediakan kemudahan awam kepada penduduk yang
sedia ada dan tarikan kepada pemilik lain untuk berpindah ke kawasan ini.Di samping itu pada masa sekarang pembinaan Sekolah Rendah di Bukit
Beruntung dalam pembinaan dan Sekolah Menengah di Bukit Sentosa 2 juga
dalam pembinaan yang mana ini akan menambah tarikan pemilik kediaman di
persekitaran untuk berpindah ke kawasan tersebut. Juga dalam pembinaan
Sekolah Agama Rendah oleh JAIS dalam pembinaandi Bukit Sentosa 3. -
Adakah Kerajaan Negeri bercadang menambah jadual kekerapan untuk memotong rumput di bandarini?
Buat masa ini Majlis Daerah Hulu Selangor tidak bercadang untuk menambah
kekerapan pusingan potongan rumput kerana kekerapan sedia ada seperti
berikut:i) Kawasan Lapang Awam, Padang Permainan Kanak-kanak, Padang Bola,
Kawasan Hijau Awam dipotong 2 kali sebulan.
ii) Pembahagi jalan dan jalan-jalan awam dan jalan kawasan perumahan
dipotong 1 kali sebulan.Kekerapan ini adalah memadai dan penambahan pusingan kerja selain di atas
akan mengakibatkan pertambahan kos operasi dan tidak mampu ditanggung
oleh pihak Majlis Daerah Hulu Selangor. -
Masalah bumbung pangsapuri Seri Cempaka yang terhenti dari membaik pulih selepas kerajaan Negeri bertukar?
Masalah bumbung pangsapuri Seri Cempaka yang terhenti kerana peralihan
pentadbiran Kerajaan Negeri yang telah bertukar. Pada masa sekarang
Kerajaan Negeri dalam perancangan untuk membaiki kerosakan tersebut bagi
keseluruhan blok apartmen yang terlibat di seluruh Bukit Beruntung dan Bukit
Sentosa.