Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
48) BANDAR BARU BANGI TETAP KOTOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Walaupun ada kempen kebersihan dan wujudnya zon bersih, masyarakat masih mengecop Bandar Baru Bangi tetap kotor. Adakah perkhidmatan kebersihan tidak begitu terancang?
Perkhidmatan pembersihan dilakukan mengikut perjanjian secara interim dengan Syarikat Alam Flora Sdn. Bhd. Jadual disediakan berpandukan perjanjian yang telah dibuat. Walau bagaimanapun mana-mana jalan di bawah tanggungjawab MPKj dibersihkan oleh kontraktor AFSB (jalan-jalan taman perumahan). Mana-mana jalan di luar taman perumahan di bawah tanggungjawab MPKj dibersihkan oleh unit Task Force sampah. Mana-mana jalan di bawah tanggungjawab JKR diuruskan oleh kontraktor JKR. Pihak MPKj hanya membantu apabila keadaan benar-benar mendesak.
-
Apakah kempen terbaru MPKj bagi meningkatkan kesedaran sivik masyarakat tentang kebersihan?
Kempen Anti Denggi yang diadakan dari masa ke semasa di dalam kawasan MPKj. Terbaru kempen diadakan di Fasa 4 Bandar Rinching Semenyih pada 20/3/2011. Dalam kempen tersebut, taklimat tentang penjagaan kebersihan diri, rumah dan kawasan sekitarnya bagi mengelakkan sebarang jangkitan penyakit khususnya wabak denggi.
-
Tidakkah wajar diadakan pertandingan kebersihan antara Taman-taman di MPKj dari masa ke masa?
MPKj pada dasarnya ingin mengadakan pertandingan kebersihan taman-taman. Walau bagaimanapun MPKj menghadapi masalah kekangan kakitangan dan memerlukan peruntukan amat besar. Pihak MPKj juga menganjurkan pertandingan Kejiranan Terbaik Zon MPP pada setiap tahun yang dinilai dari kebersihan dan aktiviti penduduk.