Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

113) BANCIAN TANAH TERBIAR DI KAWASAN SEMPADAN NEGER

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah keluasan tanah terbiar yang terletak di sempadan antara Selangor dengan Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri lain?

    Keluasan tanah terbiar yang terletak di sempadan antara Selangor dengan Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri lain adalah seluas 711 ekar dan pecahannya mengikut daerah seperti dalam jadual berikut:

     

    BIL DAERAH MUKIM TARAF TANAH LUAS (EKAR)
    1. Hulu

    Selangor

    Hulu Bernam Tanah Kerajaan 141
     

    2.

    Kuala Langat Batu Tanah Kerajaan 20
    Kelanang Tanah Kerajaan 100
     

    3.

    Sabak Bernam Bagan Nakhoda Omar Tanah Kerajaan 260
    Sabak Tanah Kerajaan 100
    4. Sepang Dengkil Tanah Kerajaan 90
    Jumlah 711
  2. Apakah kategori kawasan tanah tersebut?

    Kawasan tanah terbiar yang terletak di sempadan antara Selangor dengan Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri lain adalah tanah

  3. Berapakah nilai hasil di segi premium atau hasil cukai jika diuruskan secara optimum?

    Berdasarkan laporan Pejabat Tanah Daerah, kategori tanah terbiar di kawasan sempadan negeri adalah rizab hutan dan kawasan bekas lombong. Hasil yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri, sekiranya tanah ini ditadbir urus secara optimum iaitu melalui tender atau jualan terus untuk kategori pertanian adalah sebanyak RM26,179,560.00.

     

    Bagi tanah yang diberi milik melalui Seksyen 76 Kanun Tanah Negara hasil yang boleh diperolehi adalah dalam bentuk premium dan pengiraannya merujuk kepada Kaedah Tanah Selangor 2003 (Pindaan 2005) dengan menggunakan formula seperti berikut :-

     

    1. Kediaman – ½ x 1/100 x Nilai Pasaran x 99 tahun
    2. Perindustrian – ¾ x 1/100 x Nilai Pasaran x 99 tahun
    • Perniagaan – ¾ x 1/100 x Nilai Pasaran x 99 tahun

     

    Jumlah premium yang boleh diperolehi bagi kategori kediaman berjumlah RM177,025,662.00, kategori perindustrian berjumlah RM361,112,944.50 dan kategori perniagaan berjumlah RM476,093,376.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.