Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

124) BANCIAN NAMA PENIAGA DI KEDAI SUSUR KELUAR UKAY PERDANA

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Selepas Kerajaan merobohkan kedai mereka mereka dijanjikan tapak baru untuk berniaga. Sila kemukakan nama dan butiran lengkap peniaga yang telah dibanci oleh Kerajaan.

    Proses bancian/pengeluaran notis dan tindakan perobohan dijalankan oleh pihak Pejabat Tanah Gombak bertujuan untuk pembinaan jalan susur bagi projek Lebuhraya EKVE oleh pihak AZRB.

    Mengikut senarai, terdapat 39 nama pengusaha dan pemilik struktur terlibat di dalam bancian dan perobohan terbabit.

Lampiran

Tiada Lampiran.