Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

125) BANCIAN NAMA PENIAGA DI BENGKEL KERETA DI RUMAH BAKTI

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Benarkah suatu tapak di cerun sungai dan pampasan sebanyak RM3,000 untuk setiap orang?

    Tiada jaminan penempatan dipersetujui di dalam Mesyuarat Penyelarasan Perobohan oleh pihak Pejabat Tanah dan Daerah Gombak dan pihak Majlis bersama pengusaha bengkel pada masa sekarang. Bagi tindakan jangka panjang, satu tapak Plot 1 bersebelahan Lot 15689, Bandar Ulu Kelang yang bertindak sebagai tapak ganti struktur perniagaan yang dirobohkan di persimpangan Ukay Perdana untuk projek ELVE disekalikan dengan pemindahan bengkel di tapak. Tindakan PTGS bagi pindaan keluasan dan pengeluaran draf warta (PTG No. 9/4/5/2019) melalui kelulusan Menteri Besar Selangor pada 19/9/2019. Pampasan sebanyak RM3,000.00 dibayar oleh pihak pemaju Peninsular Teamwork Sdn. Bhd. (Scotia Commerce Sdn. Bhd.)

  2. Sila kemukakan nama dan butiran lengkap peniaga yang telah dibanci oleh Kerajaan.

    Bancian dijalankan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Gombak dengan rekod sebanyak 18 unit bengkel yang terlibat. Senarai bancian boleh diperoleh melalui pihak Pejabat Tanah dan Daerah Gombak.

Lampiran

Tiada Lampiran.