Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

322) BALAIRAYA MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan peruntukan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri secara terperinci untuk membina baru ,selenggara atau membaikpulih balairaya kampung di bawah kawalan MPKK di DUN Permatang sejak tahun 2018.

    Pada setiap tahun, Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan peruntukan bagi tujuan menaiktaraf dan membaikpulih kemudahan-kemudahan awam yang berada di kawasan luar bandar di Negeri Selangor. Bagi DUN Permatang, daripada tahun 2018 hingga tahun 2023, sebanyak RM149,330.70 diperuntukkan bagi tujuan menaiktaraf dan membaikpulih Pejabat dan Balairaya di bawah kawalan DUN Permatang yang telah dilaksanakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor (PDT Kuala Selangor).

     

     

    Senarai projek yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

     

    Bil Tahun Tajuk Projek

    Amaun (RM)

      2018 -Tiada-  
     

    1

     

    2019

    Cadangan Membaikpulih Dataran dan Laluan Masuk ke Pejabat dan Dewan MPKK Kampung Seri Tiram Jaya Daerah Kuala Selangor  

    61,350.00

     

    2

     

    2020

    Cadangan Membaikpulih Balai MPKK Sungai Gulang-gulang Daerah Kuala Selangor  

    26,888.50

     

    3

     

    2022

    Cadangan Kerja-Kerja Membaikpulih serta Kerja Berkaitan Pejabat MPKK Kg Sg Yu Daerah Kuala Selangor  

    61,092.20

      2023 -Tiada-  
       

    JUMLAH

     

    149,330.70

  2. Adakah balairaya di bawah kawalan MPKK dibenarkan untuk dijadikan pejabat parti politik? Jika tidak , adakah pihak Berkuasa tempatan boleh mengambil tindakan?

    Secara amnya, kegunaan balai raya adalah bagi aktiviti-aktiviti yang bersifat kemasyarakatan dengan tidak mengira perbezaan fahaman politik, agama, bangsa dan lain-lain yang sesuai dengan konsep balai raya iaitu untuk kegunaan dan kemudahan orang ramai/ awam. Justeru, balai raya tidak boleh digunakan sebagai pejabat parti politik dan tindakan boleh diambil oleh penguatkuasa PDT dan PBT.

  3. Adakah Ahli Dewan Negeri Pembangkang tidak dibenarkan menggunakan atau memasuki premis balairaya di bawah seliaan MPKK?

    Sesuai dengan konsep balai raya iaitu untuk kegunaan dan kemudahan orang ramai/ awam, tiada larangan pernah dibuat bagi menghalang Ahli Dewan Negeri Pembangkang untuk memasuki balai raya. Walau bagaimanapun, dari segi penggunaan adalah tertakluk kepada kelulusan permohonan yang perlu dikemukakan kepada Pejabat Daerah dan Tanah melalui MPKK yang berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.