Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
248) BALAIRAYA DAN GELANGGANG FUTSAL
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah terkini balai raya dan gelanggang futsal yang boleh digunapakai di DUN Hulu Bernam?
Semua balairaya di dalam daerah Hulu Selangor adalah di bawah pengurusan Pejabat Tanah/ Daerah Hulu Selangor dimana tiada balairaya di bawah seliaan Walaubagaimanapun, terdapat tiga (3) Pusat Komuniti di bawah seliaan MPHS iaitu Pusat Komuniti Taman Keruing, Rasa, Taman Widuri dan Taman Telipot, Bukit beruntung. Manakala Jumlah gelanggang futsal di bawah penyelenggaraan PBT bagi Dun Hulu Bernam adalah satu (1) unit.
-
Dan berapakah jumlah terkini masih dalam proses penyelenggaraan?
Tiada jumlah terkini dalam proses penyelenggaraan kerana hal tersebut tidak berkaitan.
-
Nyatakan lokasi.
Lokasi gelanggang futsal : Taman Citrina, Bernam Jaya.