Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

85) BALAI RAYA

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah balai-balai raya di DUN Sungai Air Tawar yang telah diambil alih oleh Pakatan Rakyat?

    18 Buah Balai raya dalam DUN Sungai Air Tawar.

  2. Apakah tindakan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah balai raya yang terabai dan tidak terselenggara dengan baik?

    Tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam ialah dengan mengenal pasti balai-balai raya yang tidak di selenggara dengan baik dan terabai seterusnya menggunakan peruntukan sedia ada untuk membaik pulih balai raya tersebut. Pemantauan balai-balai raya tersebut akan dilakukan secara berterusan melalui Penghulu Mukim yang dilantik sebagai wakil Kerajaan Negeri. Selain itu, teguran juga akan di buat oleh Pihak Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam kepada mana-mana JKKK yang dilantik sekiranya menyebabkan balai-balai raya tersebut terabai atau tidak diselenggara dengan baik.

  3. Apakah kerajaan negeri bersedia memperbaiki dan menguruskan pentadbiran balai-balai raya tersebut secara lebih profesional?

    Pihak Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam melalui Penghulu Mukim serta Ketua Kampung yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri bertindak sebagai wakil Kerajaan Negeri yang akan memantau serta menambah baik pengurusan balaibalai raya tersebut dari masa ke semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.